awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis klasifikasikan perhimpunan Sabtu ini sebagai haram

Bernama
Bernama
20/06/2013
14:16 MYT
Polis klasifikasikan perhimpunan Sabtu ini sebagai haram
Gambar Arkib
Polis masih mengekalkan klasifikasi perhimpunan 'Black 505' yang dijangka diadakan di sini Sabtu ini sebagai haram kerana tidak mendapat kelulusan pemilik kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini ternyata sama sekali salah sekiranya penganjur berkeras ingin meneruskannya kerana melanggar Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan perlu diperoleh.
"Perhimpunan tersebut haram. Mereka tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau turut menegaskan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya penganjur tetap berdegil ingin meneruskan niat mereka untuk berhimpun.
Perhimpunan yang ditunjangi pembangkang itu dijangka diadakan di Padang Merbok di sini walaupun tidak mendapat kebenaran DBKL.
Topic Berkaitan
#blackout505
#perhimpunan
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan