awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kuching mohon lanjutan reman berhubung kes pembunuhan Eric Chang

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
15/03/2022
03:21 MYT
Polis Kuching mohon lanjutan reman berhubung kes pembunuhan Eric Chang
Sebelum ini polis mengklasifikasikan kehilangan Eric sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
KUCHING: Polis dijangka memohon lanjutan reman pasangan penjaga kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie yang dipercayai dibunuh dan dilaporkan hilang sejak 7 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, lanjutan tahanan reman itu dibuat pihaknya bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Masih reman lama (dari tarikh ditangkap pada 11 Mac) hingga 16 Mac, esok (Rabu) kita akan mohon reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp.
Bagaimanapun difahamkan proses permohonan lanjutan tempoh reman akan dibuat secara dalam talian esok di Balai Polis Tabuan Jaya.
Sebelum ini polis mengklasifikasikan kehilangan Eric sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Malah polis turut menahan empat individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan namun telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Pada 7 Mac lalu, Eric dilaporkan hilang di kediamannya di Jalan Daya dekat Bintawa sekitar 9 pagi.
Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdasarkan perkembangan terbaru siasatan yang dibuat.
Mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibuang di kawasan sungai Muara Tebas.
Operasi mencari mayat mangsa kini masuk hari ketiga melibatkan kawasan seluas tiga batu nautika dari Muara Tebas.
Topic Berkaitan
#Eric Chang Wei Jie
#pasangan penjaga ditahan
#lanjutan tahanan reman
#ahsmon bajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan