Polis lancar Ops Tutup buru perompak kedai emas di Seri Kembangan

Astro Awani
Mei 28, 2017 04:48 MYT
Polis lancar Ops Tutup bagi memburu empat lelaki yang melarikan barangan kemas dari sebuah kedai di pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan, malam tadi.
Polis lancar Ops Tutup bagi memburu empat lelaki yang melarikan barangan kemas dari sebuah kedai di pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan, malam tadi.
Berdasarkan siasatan awal, empat suspek memakai topi keledar penutup penuh itu meluru masuk ke premis dengan dua daripadanya bersenjatakan pistol.
Kira-kira 10 dulang emas bernilai hampir RM1 juta lesap.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata ketika kejadian terdapat empat pekerja di dalam kedai dan seorang pengawal keselamatan.
Katanya, setakat ini belum dapat dipastikan jenis kenderaan dinaiki suspek serta jumlah kerugian.
Namun, kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Rompakan berlaku ketika ramai pelanggan sedang berbuka puasa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
#barangan kemas #Lee Wai Leong #Ops Tutup #Seri Kembangan #The Mines