Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur

Astro Awani
Oktober 11, 2017 06:10 MYT
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keputusan dibuat berdasarkan beberapa faktor keselamatan. -Gambar fail
Pakatan Harapan tidak dibenarkan menganjurkan 'Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' yang dijadual berlangsung di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Sabtu ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keputusan dibuat berdasarkan beberapa faktor keselamatan.
Antaranya, laporan polis penduduk setempat yang tidak mahu perhimpunan diadakan di situ dan juga kapasiti tempat berhimpun.
Polis turut mencadangkan agar himpunan itu adakan di Stadium Kelana Jaya kerana lebih teratur dan mudah dikawal termasuk oleh pihak polis.
Katanya penganjur bakal berdepan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 jika berkeras mahu meneruskannya di Padang Timur.
#Akta Perhimpunan Aman 2012 #Dataran Petaling Jaya #Hapuskan Kleptokrasi #Himpunan Sayangi Malaysia #Ketua Polis Negara #Mohamad Fuzi Harun #Pakatan Harapan #Stadium Kelana Jaya