awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lepas tembakan, tahan lelaki disyaki curi kabel TNB

Bernama
Bernama
25/10/2024
15:13 MYT
Polis lepas tembakan, tahan lelaki disyaki curi kabel TNB
Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes curi kabel tembaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandunya ketika cuba melarikan diri. - Foto ihsan PDRM (via BERNAMA)
GEORGE TOWN: Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes curi kabel tembaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandunya ketika cuba melarikan diri di Jalan Kelawai, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata terdahulu lelaki berusia 32 tahun itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran Bilik Pencawang TNB Jalan Kelawai oleh anggota polis yang melakukan rondaan, kira-kira 5.30 petang.
"Ketika anggota polis mahu memeriksanya, lelaki terbabit bertindak memecut keretanya dan ingin melanggar anggota berkenaan. Lelaki itu turut memandu secara berbahaya hingga melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di situ.
"Anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan bagi menghentikan kereta itu dan terkena pada tayar hadapan sebelah kiri kereta. Kenderaan itu bagaimanapun terus bergerak sebelum terpaksa diberhentikan 200 meter dari tempat kejadian akibat tayar pancit manakala lelaki itu sempat melarikan diri," katanya dihubungi malam ini.
Beliau berkata lelaki itu kemudian berjaya ditahan ketika bersembunyi di sebuah kompleks beli-belah di Midlands, di sini kira-kira 500 meter dari tempat dia meninggalkan keretanya.
Lee berkata lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes curi kabel tembaga di bilik pencawang TNB, namun siasatan lanjut berkaitan penglibatannya sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#lepas tembakan
#curi kabel TNB
#Jalan Kelawai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan