MALAYSIA
Polis Marang terima dua aduan kes amang seksual terhadap pelajar OKU
Polis menerima laporan daripada warden asrama berkaitan kes amang seksual yang dilakukan oleh dua pelajar berumur 16 tahun.
MARANG: Polis menerima dua laporan berhubung dakwaan kes amang seksual terhadap dua pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di asrama lelaki di sebuah sekolah di daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah Marang Supt Sofian Redzuan berkata pihaknya menerima laporan daripada warden asrama berkaitan kes amang seksual yang dilakukan oleh dua pelajar berumur 16 tahun.
Beliau berkata kes pertama melibatkan seorang pelajar OKU pembelajaran berusia 17 tahun yang didakwa cuba diliwat oleh suspek berumur 16 tahun pada 17 Nov lepas.
"Sementara itu, kes kedua pula membabitkan mangsa berusia 13 tahun yang juga penghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) didakwa cuba diliwat oleh seorang lagi suspek berumur 16 tahun pada 20 Nov.
"Setakat ini, kedua-dua suspek itu belum ditangkap. Kita akan lengkapkan siasatan dahulu memandangkan kesemua suspek dan mangsa berada di satu asrama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sofian berkata kes disiasat mengikut Seksyen 14(b) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Menurut beliau, kejadian terbabit disifatkan sebagai suatu kes serius kerana melibatkan moral dan perlakuan jenayah dalam kalangan pelajar.
Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya memberikan lebih perhatian serta sentiasa memantau pergaulan anak-anak untuk mengekang gejala tidak bermoral.
-- BERNAMA