awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin rampas 42 bubu naga di perairan Tanjung Piandang

Bernama
Bernama
20/03/2025
14:08 MYT
Polis Marin rampas 42 bubu naga di perairan Tanjung Piandang
Rusley berkata kesemua bubu naga yang dirampas telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jabatan Perikanan Kuala Kurau untuk tindakan lanjut. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 42 perangkap ikan jenis bubu naga bernilai RM4,200 dalam Op Taring Gelora di perairan Tanjung Piandang, Perak hari ini.
Komander PPM Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata dalam operasi selama tiga jam bermula 8 pagi itu, PPM Markas Operasi Taktikal Kuala Kurau berjaya mengesan dan menyita perangkap berkenaan di tujuh lokasi berasingan, antara empat hingga sembilan batu nautika dari pantai Tanjung Piandang.
"Tindakan itu diambil susulan aduan berterusan daripada nelayan pantai yang tidak berpuas hati tentang penggunaan bubu naga yang didakwa menjejaskan mata pencarian mereka.
"Rampasan dibuat mengikut Seksyen 8(b) dan Seksyen 49 Akta Perikanan 1985 yang melarang penggunaan peralatan menangkap ikan tanpa lesen yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rusley berkata kesemua bubu naga yang dirampas telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jabatan Perikanan Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis marin
#bubu naga
#PPM
#op taring gelora
#Tanjung Piandang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan