JOHOR BAHRU: Polis menahan 10 lelaki termasuk tiga warga asing dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi membabitkan rampasan bahan api itu berjumlah 60,700 liter di sebuah premis di Masai, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M.Kumar berkata kesemua lelaki berusia 29 hingga 61 tahun itu, ditahan kira-kira pada jam 1.35 tengah hari oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Dua.
"Premis terbabit dipercayai dijadikan sebagai tempat penyimpanan dan memproses bahan bakar itu. Manakala, kesemua individu yang ditahan itu merupakan pemandu lori dan pekerja di premis terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini..
Beliau berkata minyak diesel yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM149,929 itu antaranya ditemui dalam 14 tangki petak (square tank) yang diletakkan di dalam tiga buah lori pelbagai jenama, manakala tujuh lagi tangki petak dijumpai di premis tersebut.
"Selain itu, sebuah lori tangki, dua buah skid tank dan satu tangki besi di dalam sebuah lori yang masing-masing berisi bahan bakar itu serta 11 buah telefon bimbit turut dirampas," katanya.
Beliau berkata keseluruhan rampasan termasuk minyak diesel terbabit dianggarkan bernilai RM1.16 juta.
Kumar berkata hasil siasatan mendapati lima warga tempatan yang ditahan turut mempunyai empat rekod jenayah lampau dan satu rekod dadah.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Beberapa tangki yang digunakan untuk kegiatan memproses dan menyimpan diesel bersubsidi di sebuah premis Masai, Johor Bahru pada Selasa. - Foto Sinar Harian
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul fail afidavit
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guandong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang.
Columbia umum putus hubungan diplomatik dengan Israel
Presiden Columbia, Gustavo Petro mengumumkan kerajaannya akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berkuatkuasa Khamis. Ia susulan kezaliman berterusan rejim Zionis ke atas warga Gaza.
Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB
Kerajaan Negeri Sembilan akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
Sorok rokok seludup bernilai RM5.12 juta dalam rumah
Rampasan rokok putih terbesar di negeri ini hasil daripada Operasi Kontraban yang dijalankan sejak 10 November lalu di beberapa premis di sekitar George Town di sini.
PPM tahan lelaki bersama rokok seludup bernilai RM609,840
Polis berkata lelaki yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu direman hingga 10 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.
Polis Marin rampas penyeludupan 60,700 liter diesel subsidi di Masai
Polis besemua lelaki berusia 29 hingga 61 tahun itu, ditahan kira-kira pada jam 1.35 tengah hari oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Dua.
Sarjan Mejar tidak mengaku salah 21 pertuduhan terima suapan
Tertuduh ditahan pada 27 Februari lalu di pejabat SPRM, Pulau Pinang mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Kapal korek pasir RM7.5 juta berdaftar di Mongolia ditahan di Kota Belud
Kapal yang disyaki berdaftar di Mongolia itu dikesan pasukan PPM Wilayah 4 Sabah dalam Op Terancang pada kedudukan 0.38 batu nautika dari Pulau Usukan, 5 petang Isnin.
Diesel lebih RM88,000 disyaki diseleweng dirampas di Alor Setar
Premis yang diserbu itu tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan.
Bot bawa 31 PATI Rohingya ditahan di perairan Langkawi
Bot itu memuatkan 18 pelarian dewasa lelaki, sembilan dewasa wanita dan empat kanak-kanak.
Dua pemandu lori seleweng diesel ditahan di Skudai
Kedua pemandu lori berusia 28 dan 56 tahun membawa muatan kira-kira 2,000 liter dan 3,167 liter diesel tanpa permit yang sah.
Polis Marin gagalkan cubaan seludup anak lotong di Mersing
Pihak berkuasa menemukan tiga ekor anak lotong di dalam sangkar plastik yang diletakkan di bahagian belakang tempat duduk penumpang.