awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi

Bernama
Bernama
12/05/2024
14:45 MYT
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
M Kumar berkata rampasan pada 9 malam itu hasil intipan Unit Risik Marin PPM Wilayah Dua Pengerang dan sindiket itu dipercayai menyeludup masuk rokok dari negara jiran dengan menggunakan jalan laut. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata rampasan pada 9 malam itu hasil intipan Unit Risik Marin PPM Wilayah Dua Pengerang dan sindiket itu dipercayai menyeludup masuk rokok dari negara jiran dengan menggunakan jalan laut.
"Kegiatan sindiket ini dihidu sejak dua atau tiga minggu lepas. Sindiket berkemungkinan telah membawa (seludup) beberapa kali dengan menunggu air pasang untuk mendaratkan rokok berkenaan. Dipercayai lokasi (pemunggahan) rokok dibuat secara berpindah randah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kumar berkata seorang lelaki dikesan berada di lokasi itu namun berjaya melarikan diri ketika serbuan dilakukan.
Secara keseluruhan terdapat 914,600 batang rokok di dalam kesemua karton berkenaan serta sebuah kereta Perodua Kembara turut disita dan kes disiasat mengikut 135(1)(D) Akta Kastam 1967.
Beliau juga berkata sejak awal Januari sehingga hari ini pihaknya telah merampas pelbagai jenis arak serta rokok bernilai RM4.1 juta dan jumlah itu berkurangan sedikit berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu RM5.9 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#air pasang
#jalan laut
#hasil intipan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan