awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis masih cari 'wanita misteri' edar kopi campur dadah

Agensi
Agensi
28/02/2018
10:41 MYT
Polis masih cari 'wanita misteri' edar kopi campur dadah
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis telah membuat lakaran fotofit wajah wanita berkenaan dan meminta orang ramai agar tampil membantu siasatan. - Foto Astro AWANI
Polis masih cuba mengesan seorang wanita yang dipercayai mengedar kopi pracampuran sehingga menyebabkan tujuh individu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) Januari lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis telah membuat lakaran fotofit wajah wanita berkenaan dan meminta orang ramai agar tampil membantu siasatan.
"Kami masih mencari (wanita berkenaan) tetapi masih menunggu maklumat daripada orang awam. Pihak kami akan buat satu fotofit tetapi ia tidak begitu tepat jadi kami masih menunggu maklumat lanjut daripada orang awam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes kopi pracampuran berperisa durian yang mengandungi dadah.
Beliau sebelum itu menghadiri majlis perhimpunan bulanan bersama anggota polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri (IPK) di sini, hari ini.
Wanita berusia 40 tahun itu dipercayai individu pertama yang mengedar kopi berkenaan di sekitar pasar dan beberapa restoran di Jelutong.
Ujarnya lagi, keterangan wanita itu perlu bagi melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan.
Januari lalu, tujuh individu menerima rawatan di HPP akibat diserang gejala seperti sawan dan letih teruk selepas meminum kopi pracampuran berperisa durian yang dicampur dadah yang diberikan individu tidak dikenali.
Topic Berkaitan
#durian
#fofofit
#kopi
#kopi berperisa durian
#kopi dadah
#kopi pracampuran
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan