MALAYSIA
Polis masih kesan suspek kes tembak, tikam anggota di Simpang Pulai
Polis masih giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes menembak dan menikam seorang anggota di Simpang Pulai sebelum penemuan mayat seorang wanita di dalam kereta pada 7 September lepas.
IPOH: Polis masih giat mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kes menembak dan menikam seorang anggota di Simpang Pulai, sebelum mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah kereta yang dipandunya pada 7 Sept lepas.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata suspek terbabit dipercayai kini berada di luar negara dan usaha mengesan individu berkenaan sedang dijalankan secara berterusan dengan kerjasama Bukit Aman serta beberapa agensi dan pihak berkaitan.
"Siasatan terhadap kes berkenaan masih diteruskan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan bagi menjejaki suspek yang kini dalam tindakan pihak berkuasa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (OPS Kerja) Tahun 2025 di Unisem Ipoh di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Noor Hisam berkata anggota polis yang mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian itu telah dipindahkan semula ke negeri kelahirannya di Sarawak atas faktor kebajikan bagi memudahkan rawatan susulan.
"Pihak polis akan terus komited menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata pihaknya mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek.
Dalam kejadian itu, polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan pada bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Polis masih giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes menembak dan menikam seorang anggota di Simpang Pulai sebelum penemuan mayat seorang wanita di dalam kereta pada 7 September lepas.
- Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, menyatakan suspek tersebut dipercayai berada di luar negara, dan usaha untuk mengesan individu tersebut sedang dijalankan dengan kerjasama Bukit Aman dan agensi serta pihak berkaitan.
- Siasatan kes tersebut masih diteruskan tanpa menolak kemungkinan untuk menjejaki suspek yang kini dalam tindakan pihak berkuasa.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata suspek terbabit dipercayai kini berada di luar negara dan usaha mengesan individu berkenaan sedang dijalankan secara berterusan dengan kerjasama Bukit Aman serta beberapa agensi dan pihak berkaitan.
"Siasatan terhadap kes berkenaan masih diteruskan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan bagi menjejaki suspek yang kini dalam tindakan pihak berkuasa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (OPS Kerja) Tahun 2025 di Unisem Ipoh di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Noor Hisam berkata anggota polis yang mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian itu telah dipindahkan semula ke negeri kelahirannya di Sarawak atas faktor kebajikan bagi memudahkan rawatan susulan.
"Pihak polis akan terus komited menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata pihaknya mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek.
Dalam kejadian itu, polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan pada bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perkembangan terkini dalam siasatan kes menembak dan menikam anggota polis di Simpang Pulai?
A: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut, yang kini disyaki berada di luar negara. - Q: Mengapa anggota polis yang cedera akibat kejadian tersebut dipindahkan ke negeri kelahirannya di Sarawak?
A: Anggota polis itu dipindahkan atas faktor kebajikan bagi memudahkan rawatan susulan cedera yang dialaminya, dan polis berkomitmen untuk menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya dikesan dan dihadapkan ke pengadilan. - Q: Apakah bantuan yang diterima oleh pihak polis dalam usaha mengesan suspek tersebut?
A: Pihak polis mendapat bantuan dari Interpol bagi membantu dalam proses pengesanan suspek yang terlibat dalam kes menembak dan menikam anggota polis di Simpang Pulai.