awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis masih siasat kes kehilangan Bella

Sinar Harian
Sinar Harian
29/12/2023
10:50 MYT
Polis masih siasat kes kehilangan Bella
Polis telah memanggil lima individu melibatkan keluarga serta rakan-rakan Bella (foto) bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
BATU PAHAT: Tempoh reman terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember 2023 lalu akan ditentukan pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada siasatan yang sedang berjalan ketika ini.
“Seperti kenyataan saya sebelum ini, kita telah menahan seorang lelaki berusia 24 tahun pada 25 Disember 2023 bagi membantu siasatan dan tempoh reman lelaki berkenaan adalah sehingga 30 Disember 2023.
“Bagaimanapun, keputusan sama ada untuk sambungan reman atau tidak hanya akan diputuskan esok (Sabtu).
“Buat masa ini, siasatan berhubung kes ini masih berterusan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Ismail berkata demikian bagi mengulas berhubung kehilangan ibu tunggal, dua anak itu sebagaimana yang dilaporkan di media.
Berdasarkan laporan media, wanita berkenaan keluar dari rumahnya di Taman Soga, pada jam 11.50 malam, 14 Disember 2023 lalu menaiki kereta dengan seorang lelaki (dipercayai teman lelakinya) untuk ke sebuah kedai dobi.
Bagaimanapun, dia dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas itu.
Difahamkan, setakat ini polis juga telah memanggil lima individu melibatkan keluarga serta rakan-rakan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mila Sharmila Samsusah
#Bella
#ibu tunggal
#tahan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan