Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menggunakan nombor telefon yang beralamat di Sandakan, Sabah. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis Johor bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengesan sindiket penipuan pembekalan makanan dan cenderahati yang menggunakan nama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Polis Johor bekerjasama dengan MCMC untuk mengesan sindiket penipuan pembekalan makanan dan cenderahati yang menggunakan nama IPK Johor.
- Sindiket tersebut menggunakan nombor telefon dari Sandakan, Sabah, tetapi masih tiada penahanan yang dilakukan setakat ini.
- Dua pengusaha makanan dan katering dilaporkan rugi RM8,800 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang menggunakan nama IPK Johor; kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pada 27 Jan lepas, media melaporkan dua pengusaha makanan dan katering kerugian RM8,800 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pembekalan makanan dan cenderamata tidak wujud yang menggunakan nama IPK Johor.
Laporan daripada mangsa diterima pada 26 Jan, dengan masing-masing kerugian RM3,800 dan RM5,000.
Ab Rahaman dalam kenyataan sebelum ini berkata mangsa yang membuat penghantaran di IPK Johor menyedari ditipu apabila dimaklumkan tiada tempahan makanan dibuat selain gagal menghubungi suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


