awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
PM UK, Keir Starmer adakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping di Beijing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Melaka tumpas sindiket penipuan pelaburan palsu didalangi warga China

Bernama
Bernama
29/01/2026
01:40 MYT
Polis Melaka tumpas sindiket penipuan pelaburan palsu didalangi warga China
Menurut Dzulkhairi, sindiket terbabit menjalankan kegiatan menawarkan pelaburan tidak wujud dengan menyasarkan warganegara China menggunakan aplikasi mudah alih sebagai medium penipuan.
MELAKA: Polis Melaka menumpaskan sindiket penipuan pelaburan palsu didalangi empat lelaki warga China hasil serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana, di sini, pada Selasa lepas.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan pada 8.30 malam itu mendapati pangsapuri berkenaan dijadikan pusat panggilan sejak Oktober tahun lepas dan dikendalikan empat suspek berusia antara 28 hingga 32 tahun.
Beliau berkata, sindiket terbabit menjalankan kegiatan menawarkan pelaburan tidak wujud dengan menyasarkan warganegara China menggunakan aplikasi mudah alih sebagai medium penipuan.
"Dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah itu, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah komputer riba dan enam telefon bimbit dengan anggaran nilai RM10,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Melaka
#sindikit pelaburan palsu
#warga china
#Pusat Panggilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan