awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/04/2024
13:04 MYT
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Shahrulnizam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Anis Zulaikha dan kali terakhir remaja itu dilihat berada di rumahnya pukul 2.30 petang, pada hari berkenaan. - Gambar IPD PJ
PETALING JAYA : Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Anis Zulaikha Abdul 'Azim dan kali terakhir remaja itu dilihat berada di rumahnya pukul 2.30 petang, pada hari berkenaan.
"Polis terima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada 7 April lalu, pada pukul 9.44 pagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Shahrulnizam turut mengesahkan, tidak berlaku sebarang salah faham atau pergaduhan sebelum remaja itu hilang.
Beliau memberitahu, remaja itu kali terakhir dilihat memakai seluar jeans dan sweater hitam.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berusia 16 tahun itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#PDRM
#salah faham
#seluar jeans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan