awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan orang ramai kesan dua wanita

Aida Aziz
Aida Aziz
18/11/2023
04:12 MYT
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua wanita
Yong (kiri) hilang sejak 26 Mei lalu sementara Wong (kanan) sejak 12 Sept lalu. Kedua-dua beralamat di Ipoh. - Foto PDRM
IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua individu yang diklasifikasi sebagai orang hilang.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, individu pertama dikenali sebagai Yong Khong Lai, 40 tahun, yang beralamat di No. 57 Lebuh Bercham, Taman Rima Gamelan, Ipoh.
Katanya, wanita berbangsa Cina yang hilang sejak 26 Mei lalu itu mempunyai warna kulit kuning langsat dan bertubuh gempal.
Jelasnya sebarang maklumat berhubung orang hilang itu boleh disalurkan terus kepada Timbalan Ketua Polis Balai Bercham, SM Hisam Hussain di talian 019-4964854, atau 05-5477363, selain mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, katanya, orang hilang kedua dikenali sebagai Wong Qiu Ye, 20, yang beralamat di No. 29 Laluan Bercham Utara 11, Taman Utama Bercham pula hilang sejak 12 September.
Jelasnya lagi, wanita berbangsa Cina itu mempunyai warna kulit kuning langsat dan bertubuh gempal.
Justeru katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu itu boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, ASP Som Phong Pan di talian 012-9488777 atau Balai Polis Bercham di talian 05-5477363, atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#Ipoh
#wanita Cina hilang
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan