MALAYSIA

Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki OKU hilang

Bernama 08/06/2025 | 09:22 MYT
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-266 2222.
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki OKU mental bernama Sabri Ismail, 36 tahun, dilaporkan hilang sejak 2 Jun di kawasan Taman Sri Embun, Jerantut.
  • Mangsa mempunyai ciri fizikal berkulit cerah, berketinggian 178 cm, bertubuh gempal dan berat kira-kira 90 kg.
  • Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi IPD Jerantut di talian 09-266 2222 atau hadir ke balai polis berdekatan.


Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa, Sabri Ismail pada 9.29 malam tadi.

Beliau berkata lelaki berkenaan yang merupakan seorang OKU mental berkulit cerah, berketinggian 178 sentimeter dan bertubuh gempal dengan berat kira-kira 90 kilogram.

"Lelaki itu kali terakhir dilihat di kawasan sekitar Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-266 2222.

--BERNAMA



TAG: polis, hilang, lelaki, OKU, Jerantut



#OKU hilang #polis #orang hilang #Sabri Ismail