NATIONAL
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja lelaki hilang di Kuantan
Mas Rayyan Riqqin Abdullah dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dan kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Chengal Lempong, Kuantan. -Facebook
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mas Rayyan Riqqin Abdullah yang berkulit putih dan berbadan sedikit gempal dengan ketinggian antara 160 hingga 165 sentimeter itu dilaporkan dilihat kali terakhir di rumahnya di Kampung Chengal Lempong, di sini.
"Ibu remaja itu memaklumkan kali terakhir melihat anak sulung daripada empat beradik tersebut pada 10.30 malam, Jumaat ketika sedang makan sebelum disedari hilang pada 8 pagi Sabtu.
"Wanita berkenaan telah memeriksa bilik dan menghubungi rakan anaknya tetapi mereka juga tidak mengetahui keberadaan remaja itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata wanita itu membuat laporan polis pada 8.15 malam semalam, dan orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652089.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, Mas Rayyan Riqqin Abdullah, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dan kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Chengal Lempong, Kuantan.
- Ibunya menyedari kehilangan anaknya pada pagi Sabtu selepas kali terakhir melihatnya malam sebelumnya; usaha menghubungi rakan-rakan remaja itu tidak berhasil.
- Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.