awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang

Bernama
Bernama
21/11/2024
12:30 MYT
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Azli berkata Erma Fatima kali terakhir dilihat ketika bersarapan bersama keluarganya di sebuah restoran di Batu Buruk. - Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata Erma Fatima Shamsul Bahari, 17, kali terakhir dilihat ketika bersarapan bersama keluarganya di sebuah restoran di Batu Buruk, di sini.
Beliau berkata remaja itu memaklumkan hendak ke tandas namun tidak kembali dan pencarian ibu bapanya di sekitar kawasan berkenaan juga gagal menemui mangsa yang tidak memiliki telefon bimbit.
"Bapa mangsa telah membuat laporan polis pada 26 Okt lepas dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar itu masih belum ditemui sehingga kini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata pada hari kejadian pemegang kad OKU kategori ketidakupayaan itu memakai baju berlengan panjang dan tudung berwarna hitam selain berketinggian 155 sentimeter.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Azizul Azizah di talian 013-4195779," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#Telefon bimbit
#Remaja perempuan
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan