MALAYSIA
Polis minta bantuan orang ramai kesan warga emas hilang di Bentong
Polis Bentong meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Mohd Taib (gambar) agar tampil ke balai polis berdekatan. - Foto PDRM
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang warga emas yang dilaporkan hilang di Chegar Medang Benus, Bentong pada Ahad.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Zaiham Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Mohd Taib Ismail, 69, daripada isteri lelaki itu semalam.
Beliau berkata lelaki yang berbadan kurus tinggi dan berpakaian baju kemeja-T berwarna biru muda serta berseluar panjang hitam kali terakhir dilihat di rumahnya di Chegar Medang Benus.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan semalam.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu PejabatPolis Daerah Bentong melalui talian 09-2231999.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mencari warga emas yang dilaporkan hilang di Chegar Medang Benus, Bentong.
- Ketua Polis Daerah Bentong menerima laporan kehilangan Mohd Taib Ismail, 69, dari isteri lelaki tersebut.
- Mohd Taib Ismail kali terakhir dilihat di rumahnya, memakai baju kemeja-T biru muda dan seluar panjang hitam; orang ramai diminta berikan maklumat jika ada.