awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta pemandu berhati-hati insiden baling batu ke arah kenderaan

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
05/04/2023
06:14 MYT
Polis minta pemandu berhati-hati insiden baling batu ke arah kenderaan
Polis telah menerima dua laporan mengenai kejadian pihak tidak bertanggungjawab membaling batu ke arah kenderaan di Lurah Bilut. - Gambar/ PDRM
BENTONG: Polis mengesahkan menerima dua laporan berkaitan insiden membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Mempaga, Lurah Bilut dekat sini yang tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima dua laporan mengenai kejadian berkenaan.
"Pada 4 April (semalam) tular gambar dan rakaman video di laman sesawang Facebook 'Kami Penduduk Bentong (Official)' berkaitan insiden membaling batu ke arah kenderaan di kawasan berkenaan.
"Bertindak atas maklumat berkenaan, pihak polis sedang memburu suspek yang melakukan perbuatan khianat tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, pihak polis bekerjsama dengan penduduk setempat di Felda Mempaga dan Kampung Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lebu untuk membuat rondaan serta pemantauan bagi mengesan suspek.
"Kita memohon kerjasama daripada semua pihak agar berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
Topic Berkaitan
#baling batu
#lurah bilut
#Bentong
#kes tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan