MIRI: Polis Miri mengesahkan terdapat serpihan logam, dipercayai bahagian roket Long March 5B milik China, terbenam berdekatan sebuah rumah di Sepupok, Batu Niah, kira-kira 81 kilometer ke selatan dari sini.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan objek itu semalam (Ahad) dan menerusi tinjauan yang dilakukan, serpihan logam itu didapati terbenam kurang satu meter di dalam tanah.
Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menganalisis tempat tersebut.
"Kita nasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran tempat kejadian kerana dibimbangi logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kawasan itu dipantau rapi untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Katanya orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita palsu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat dan disarankan menghubungi balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan kepastian mengenai kejadian itu.
Semalam, media melaporkan terdapat serpihan roket Long March 5B milik China dikesan melintasi ruang udara Malaysia di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak.
MOSTI dalam kenyataan memaklumkan pemantauan secara berterusan pihaknya menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China mendapati kemasukan semula serpihan roket berkenaan ke ruang udara Bumi dikesan jam 12.55 tengah malam Sabtu waktu Malaysia.
Menurut MOSTI sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menganalisis tempat itu. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Serpihan roket China dilihat di ruang udara Kuching
Proses re-entry serpihan roket ini dapat dilihat sekitar jam 12.50 pagi dan sempat dirakamkan dan dikongsi pengguna media sosial.