awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang sejak April 2022

Bernama
Bernama
16/01/2023
06:13 MYT
Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang sejak April 2022
Remaja itu dikenali sebagai Muhammad Fahrin Hakimi Ismail yang beralamat di No 14, Tingkat Perpaduan 18, Taman Perpaduan. - Gambar hiasan
IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Perpaduan di sini sejak April tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata remaja itu dikenali sebagai Muhammad Fahrin Hakimi Ismail yang beralamat di No 14, Tingkat Perpaduan 18, Taman Perpaduan dekat sini.
Laporan kehilangannya dibuat oleh bapa saudaranya di Balai Polis Tambun pada 8 Sept 2022 iaitu kira-kira lima bulan selepas remaja tersebut dikatakan kali terakhir dilihat di rumahnya.
"Remaja berkenaan merupakan anak saudara kepada arwah isteri pengadu yang tinggal bersamanya selepas kematian ibu dan bapanya sejak berumur 15 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama.
Yahaya berkata mangsa keluar tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga sejak 2 April lepas dan pengadu telah mencari mangsa di merata tempat dan bertanya kepada kawan-kawannya tetapi masih tidak dijumpai sehingga hari ini.
Orang ramai diminta menghubungi Sarjan Muhamad Tarkey Burhanuddin di talian 017-531 0918 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 052451500 jika mempunyai maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#remaja hilang
#memohon bantuan
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan