awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon orang awam bantu siasatan kejadian anjing disiat

Bernama
Bernama
17/08/2025
15:19 MYT
Polis mohon orang awam bantu siasatan kejadian anjing disiat
ACP Christopher Patit berkata kejadian itu disedari wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) haiwan pada 3 petang Jumaat. - Bernama
MELAKA: Polis memohon orang awam membantu siasatan kejadian seekor anjing disiat kulit pada badan dan kepala hidup-hidup di kawasan perindustrian Krubong di sini, yang turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian itu disedari wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) haiwan pada 3 petang Jumaat, sebelum pihaknya menerima laporan polis pada 2.43 petang hari ini.
"Wakil NGO tersebut telah ke lokasi kejadian berdekatan sebuah kilang selepas mendapat maklumat seekor anjing cedera dan pemeriksaan mendapati haiwan itu mengalami luka parah dipercayai didera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Christopher berkata seorang individu telah membawa anjing itu ke klinik haiwan dan doktor veterinar mengesahkan kecederaan serta jangkitan kuman dialami haiwan tersebut terlalu serius.
"Anjing itu telah ditidurkan secara eutanasia bagi mengelakkan penderitaan berpanjangan atas nasihat doktor," katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Rizal Kiraman menerusi talian 013-7702523.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tular
#anjing disiat
#NGO
#polis
#Orang ramai
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan