awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang

Bernama
Bernama
05/12/2024
14:49 MYT
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
ACP Naazron Abdul Yusof berkata, usaha sedang dijalankan untuk mengesan pemilik kenderaan dan pasangan terbabit. - Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menolak dakwaan berlakunya kes penculikan di Jalan Zamrud Utama, Kajang pada 10.30 pagi tadi, seperti yang tular di media sosial melibatkan satu rakaman video.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata hasil semakan pihaknya mendapati setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.
"Maklumat awal mendapati terdapat saksi yang menyaksikan kejadian itu dan mendengar seorang daripada pasangan tersebut berkata supaya orang ramai tidak mencampuri urusan mereka sebagai suami isteri sebelum mereka beredar.
"Bagaimanapun, usaha sedang dijalankan untuk mengesan pemilik kenderaan dan pasangan terbabit. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suresh, di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 1 minit 34 saat yang memaparkan dakwaan berlaku kejadian penculikan di Jalan Zamrud Utama, Kajang, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#penculikan
#Kajang
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan