awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi berlaku kes culik kanak-kanak perempuan di Ajil

Bernama
Bernama
24/11/2025
09:01 MYT
Polis nafi berlaku kes culik kanak-kanak perempuan di Ajil
Ibu murid berkenaan telah membuat laporan polis bagi menafikan terdapat unsur penculikan dalam kejadian terbabit.
KUALA BERANG: Polis menafikan berlaku kejadian culik melibatkan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di sekitar Ajil, Hulu Terengganu pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata hasil siasatan mendapati kanak-kanak perempuan tahun tiga itu pada awalnya dihantar ke sekolah oleh bapanya kira-kira 6.35 pagi.
Beliau berkata bagaimanapun, keadaan persekitaran yang gelap dan hujan lebat menyebabkan murid terbabit ketakutan lalu menangis di hadapan pintu pagar sekolah.
"Mangsa ditegur oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada murid lain di sekolah berkenaan. Wanita tersebut menawarkan untuk membantu menghantar kanak-kanak itu pulang ke rumahnya dengan menaiki kereta.
"Ketika di pertengahan jalan, murid tersebut meminta wanita berkenaan menurunkannya di tepi jalan dan berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kampung Jongak Star, Ajil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharudin berkata ibu murid berkenaan telah membuat laporan polis bagi menafikan terdapat unsur penculikan dalam kejadian terbabit seperti yang tular melalui laman sosial.
Menurut beliau, pemeriksaan juga mendapati murid itu dalam keadaan baik dan sihat.
"Polis mengingatkan kepada semua ibu bapa dan pihak sekolah supaya peka serta menitikberatkan keselamatan anak-anak pelajar bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih kerana boleh menggugat kegusaran awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tular
#culik kanak-kanak
#ajil
#laporan polis
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan