awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi kejadian cubaan rogol, cederakan suri rumah di Melaka

Bernama
Bernama
30/04/2025
04:15 MYT
Polis nafi kejadian cubaan rogol, cederakan suri rumah di Melaka
Pakaian suspek yang dirampas oleh polis. Gambar kecil: Dzulkhairi. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Polis menafikan berlaku kejadian cubaan rogol dan mencederakan seorang suri rumah dengan mengelar leher mangsa menggunakan kunci di sebuah rumah di Taman Kasturi, Semabok di sini, Khamis lepas, seperti mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Ringkasan AI
  • Polis menafikan kejadian cubaan rogol dan mencederakan seorang suri rumah di Taman Kasturi, Semabok, seperti mesej yang tular di WhatsApp.
  • Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai cuba menyamun mangsa di kediamannya pada 24 April.
  • Siasatan mendapati lelaki tersebut hanya terlibat dalam cubaan samun dan dakwaan cubaan rogol serta mencederakan adalah tidak benar dan tidak berasas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata penularan mesej itu telah menimbulkan kegusaran orang ramai khususnya dalam kalangan penduduk di sekitar Semabok.
"Pada 24 April, polis telah menerima satu laporan daripada mangsa (suri rumah) berusia 26 tahun mendakwa cuba disamun seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di kediamannya.
"Bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai terlibat dalam kes samun terbabit, di sebuah rumah di Kampung Morten kira-kira 7 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu hanya terlibat dalam kes cubaan samun membabitkan wanita berkenaan seperti yang dilaporkan mangsa pada hari sama kejadian.
"Susulan itu, hasil siasatan polis mendapati dakwaan yang tular menerusi WhatsApp berkaitan kejadian itu (cubaan rogol dan mencederakan) adalah tidak benar dan tidak berasas," katanya.
Dzulkhairi berkata polis telah merampas pakaian suspek yang dipercayai dipakai ketika melakukan samun itu dan semakan mendapati dia mempunyai empat rekod kesalahan jenayah serta tiga rekod kes dadah.
Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan samun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tular
#kes samun
#cubaan rogol
#Suri Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami