MALAYSIA
Polis nafi kejadian culik murid sekolah di Limbang
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi, kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan awam.
LIMBANG: Polis menafikan berlakunya kejadian culik di sebuah sekolah rendah di sini seperti yang tular di media sosial.
Ringkasan AI
"Maklumat yang tular di media sosial berkenaan satu percubaan culik seorang murid di sebuah sekolah rendah di sini adalah palsu," kata Ketua Polis Daerah Limbang Supt Parum Niot dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat dan memaklumkan bahawa polis telah memperkukuh pemantauan keselamatan di semua kawasan sekolah.
Parum berkata tindakan tegas boleh diambil di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya selain tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, atas kesalahan menyebarkan maklumat palsu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis nafikan dakwaan culik murid di sebuah sekolah rendah di Limbang yang tular di media sosial, menyatakan maklumat tersebut adalah palsu.
- Orang ramai diingatkan tidak sebarkan spekulasi, kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan awam; pemantauan keselamatan sekolah telah diperkukuh.
- Penyebar maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998, dengan hukuman penjara atau denda.