LUMUT: Polis menafikan ada mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang berang dalam sebuah video tular berhubung isu makan dalam kenderaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sitiawan di sini.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tiada sebarang kompaun dikeluarkan mahupun tindakan diambil terhadap individu terbabit.
“Saya sudah melihat video itu dan mengesahkan tiada kompaun atau individu ditahan kerana makan makanan yang dibungkus dalam kenderaan.
“Kita tidak pasti motif sebenar video yang dibuat lelaki terbabit, malah gambaran diberikan individu itu juga tidak jelas sama ada dia dikompaun atau dilarang daripada makan di dalam keretanya,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau percaya lelaki terbabit salah faham kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengenai tindakan kompaun ke atas pengusaha premis makanan yang menyediakan layanan 'dine-in' di dalam kereta adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Bagaimanapun, Nor Omar melahirkan kekesalan terhadap penyebaran video dengan kandungan mesej tidak jelas yang boleh menimbulkan kekeliruan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat lebih jelas daripada pihak berkaitan dan tidak menularkan atau membuat video yang boleh mengelirukan masyarakat," katanya.
Video yang tular di media sosial berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki seolah-olah bengang mengenai isu makan di dalam kenderaan sambil meriba bungkusan makanan di dalam sebuah kereta.
“Aku ada rentas negeri punya surat, aku dari Ipoh datang Sitiawan. Sekarang aku beli nasi takkan nasi ni aku nak bungkus balik ke Ipoh baru makan.
“Aku laparlah, aku mesti makan sekarang jugalah, takkan 100 kilometer aku bungkus nasi nak balik rumah (baru) makan,” katanya dalam video itu.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis nafi keluarkan kompaun makan dalam kereta
Sinar Harian
Tue May 25 2021
Seorang lelaki merakam video seolah bengang akan isu tindakan makan di dalam kenderaan. -Foto ihsan pembaca
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Polis nafi keluarkan kompaun makan dalam kereta
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tiada sebarang kompaun dikeluarkan mahupun tindakan diambil terhadap individu terbabit.