KUALA LUMPUR: Polis menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut yang didakwa menjadi punca insiden kekecohan yang melibatkan sekumpulan individu bersama pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar memaklumkan, kejadian yang berlaku pada jam 11.45 pagi hingga 4 petang itu adalah ketika Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) hadir untuk membina pagar penghadang ‘hoarding’ bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.
“Di dalam operasi tersebut pihak Polis IPD Cheras telah hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi yang dijalankan.
“Semasa operasi sedang dijalankan terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina membawa kayu dan besi.
“Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas ditempat kejadian,” ujar Idzam.
Dalam insiden tersebut pihak polis telah menahan empat individu berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun bagi membantu siasatan.
Kes di siasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Tambah Idzam, video berkaitan isu ini telah dimuat naik di laman Facebook bagi tujuan meraih simpati dan dieksploitasi.
“Sehubungan dengan itu pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi ASP Mohamad Sukri Bin Ishak (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 013-2165881 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan bagi membantu siasatan,” jelas beliau lagi.
Terdahulu, tular di media sosial dengan satu rakaman video yang menunjukkan kekecohan sekumpulan individu dengan pihak berkuasa.
Dalam video terbabit, beberapa individu kelihatan berang dan bertindak membaling kayu ke arah pihak polis.
Faris Danial Razi
Tue Sep 28 2021

Dalam insiden tersebut pihak polis telah menahan individu berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun bagi membantu siasatan. - Foto PDRM

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
AS, China kurangkan tarif timbal balik
Selepas pertemuan di Geneva, dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati.

Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat susulan video tular di media sosial yang memaparkan kejadian itu.

Polis tahan lelaki curi pakaian dalam wanita di Menglembu
Suspek ditahan pada jam 11 pagi, susulan laporan yang dibuat oleh pemilik CCTV, seorang wanita berusia 45 tahun.

Kes jenayah seksual di Perlis meningkat 31 peratus - Polis
98 peratus kes tersebut melibatkan hubungan seks suka sama suka antara suspek dan mangsa yang masih di bawah umur.

Curi kenderaan: Geng Along Jep tumpas, empat lelaki ditahan
Kesemua suspek berumur antara 25 hingga 40 tahun dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak hujung tahun lepas.

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, polis rampas hampir 600kg dadah
Dadah dibawa masuk melalui kawasan Golden Triangle dari Vietnam serta perairan Kelantan dan Terengganu, sebelum dibungkus semula di sekitar Setiu.

Pelajar MRSM dilaporkan hilang ditemukan selamat di Chukai
Seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan selamat di rumah saudaranya di Chukai, Terengganu pagi tadi.

Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali oleh bapa guna pisau pemotong sayur
Suspek telah menikam mangsa dua kali di bahagian dada dan sekali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Kes penipuan dalam talian catat kerugian RM4.3 juta di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Ahsmon Bajah berkata pada tahun lepas sebanyak 170 kes jenayah itu dilaporkan dengan kerugian RM23.06 juta.

Pembantu kedai maut ditikam penganggur kerana cemburu
Suspek ditahan di kawasan Aulong, Taiping pada kira-kira 11 pagi bersama sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Lelaki ditahan bersama syabu, aset mewah hampir RM1 juta disita
Suspek ditahan kira-kira jam 8.40 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari JSJN Kontinjen Terengganu.