awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi tidak boleh buat laporan, pondok polis sudah ditutup

Bernama
Bernama
16/02/2023
21:00 MYT
Polis nafi tidak boleh buat laporan, pondok polis sudah ditutup
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ. - Gambar hiasan/PDRM
KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pihaknya mengesan satu ciapan dimuat naik pada 9.58 malam tadi menggunakan akaun Twitter dikenali sebagai @ManiamMKM.
Pengguna Twitter itu mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di kawasan Bukit Damansara dan mangsa tidak dibenarkan membuat laporan di 'Balai Bukit Damansara' serta diminta untuk pergi ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail atau Ibu Pejabat Polis Daerah.
Amihizam berkata hasil siasatan mendapati 'Balai Bukit Damansara' yang dimaksudkan adalah Pondok Polis Komuniti di Bukit Damansara yang telah ditutup sejak 2010 dan tidak beroperasi lagi.
"Pondok berkenaan telah diambil alih Syarikat Kawalan Keselamatan Sri Lara pada 2011. Ciapan itu satu fitnah dan polis akan membuat satu laporan berkaitan kes itu.
"Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Justeru, Amihizam menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis nafi
#mangsa kemalangan
#Bukit Damansara
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan