Polis nafi wujud ancaman Daish di Pulau Pinang

Bernama
September 17, 2016 07:54 MYT
Abdul Ghafar (gambar) mengakui bahawa polis meningkatkan keselamatan pada Hari Malaysia semalam sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan orang ramai. - Foto BERNAMA
Polis Pulau Pinang menafikan terdapat ancaman oleh Daish di negeri ini dan meminta orang ramai supaya bertenang.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata imej anggota polis yang membuat rondaan di pusat membeli-belah yang disebarkan media sosial semalam merupakan gambar lama dan situasi itu bukan berlaku di Pulau Pinang.
Abdul Ghafar mengakui bahawa polis meningkatkan keselamatan pada Hari Malaysia semalam sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan orang ramai.
"Saya menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan cerita yang tidak benar di media sosial kerana ia boleh menimbulkan panik dan rasa takut dalam kalangan mereka.
"Sahkan dahulu dengan polis sebelum membuat sebarang komen berhubung keselamatan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Gambar tersebut disebar orang ramai sehingga ke Sabah dan Sarawak sejak semalam. -- BERNAMA
#Abdul Ghafar Rajab #ancaman Daish #polis #pulau pinang