SHAH ALAM: Polis menasihati penduduk sekitar bandar raya ini khususnya Bukit Jelutong supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran Persatuan Penduduk Taman Bukit Jelutong (BJRA), Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak menggalakkan perhimpunan yang dijadual diadakan sekitar 8 hingga 9.30 pagi di Jalan Bazar U8/101, Seksyen U8, Bukit Jelutong.
"... ia bagi mengelak berlakunya kesusahan yang signifikan kepada orang ramai berikutan kawasan itu tidak mempunyai tempat meletak kenderaan yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, selain boleh mengakibatkan kerosakan terhadap kemudahan awam dan landskap," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penganjur telah dimaklumkan untuk tidak meneruskan perhimpunan itu, justeru polis mengharapkan kerjasama daripada semua pihak bagi menjamin kesejahteraan bersama.
Difahamkan, perhimpunan itu bagi melindungi padang hijau terakhir di Bukit Jelutong yang dikatakan akan dibangunkan sebagai projek perumahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Polis menasihati penduduk sekitar bandar raya ini khususnya Bukit Jelutong supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran BJRA, Sabtu ini.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.