SEREMBAN: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson membuka lima kertas siasatan berhubung penipuan pinjaman tidak wujud, membabitkan keseluruhan kerugian berjumlah RM80,537, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata ini termasuk tiga kes terbaharu melibatkan tawaran menerusi laman Facebook dalam tempoh 27 hingga 29 April lepas, kesemuanya melibatkan kerugian berjumlah RM71,091.
Menurutnya, kes pertama membabitkan seorang suri rumah berumur 28 tahun yang kini berputih mata akibat ditipu selepas membuat bayaran secara berperingkat berjumlah keseluruhan RM57,397 ke dalam enam akaun bank berbeza kepada individu yang dipercayai daripada syarikat pinjaman wang berlesen.
"Wanita itu memohon pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 daripada syarikat tersebut untuk memulakan perniagaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aidi Sham berkata kes kedua melibatkan seorang pengusaha makanan berumur 38 tahun yang kerugian RM11,834 selepas diperdaya empat individu yang mengaku sebagai ejen bank.
Jelasnya, lelaki itu memohon pinjaman RM30,000 daripada ejen tersebut bagi mengembangkan perniagaannya dan telah mendepositkan duit tersebut secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank berbeza.
Menurut Aidi Sham, kes ketiga pula melibatkan seorang pekerja hotel berumur 34 tahun yang berurusan dengan dua individu untuk pinjaman peribadi sebanyak RM10,000 dan diminta membuat bayaran secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan RM1,860 ke dalam dua akaun berbeza.
"Kesemua mangsa membuat pembayaran tersebut untuk tujuan wang jaminan, bayaran pendahuluan kemampuan, wang proses, wang insurans, yuran guaman dan pelbagai alasan lagi. Kesemua mangsa menyedari diperdaya setelah wang pinjaman yang dijanjikan gagal diperoleh," katanya.
Beliau berkata usaha memburu pihak terlibat sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Terdapat kes melibatkan seorang pengusaha makanan berumur 38 tahun yang kerugian RM11,834 selepas diperdaya empat individu yang mengaku sebagai ejen bank. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.
Presiden Georgia tolak keputusan pilihan raya
Salome Zourabichvili berkata presiden dan pembangkang tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang dianggap sebagai penipuan.
Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."
SC rekod 3,380 aduan penipuan, aktiviti tidak berlesan setakat suku ketiga 2024
Kes-kes pada hari ini bertambah sofistikated, turut melibatkan penggunaan teknologi 'deepfake' dan MO yang semakin berkembang.
'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.
Penjenayah licik tidak mengaku menipu warga emas RM24,000
Mohamad Faizul Baharudin, 44 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Shariff.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak
ACP Azli berkata kejadian bermula pada 21 Ogos 2022 apabila mangsa ditawarkan suspek membeli kayu balak dengan harga RM450,000.