NATIONAL
Polis Perancis, Ireland dan England bantu siasatan kehilangan Nora Anne

Operasi SAR yang telah memasuki hari kesembilan hari ini melibatkan seramai 348 anggota dari pelbagai agensi yang menumpukan pencarian di Gunung Berembun. - Foto Bernama
Misi mengesan seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu diperhebat dengan penglibatan pegawai dan anggota polis dari Perancis, Ireland dan England.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Che Zakaria Othman berkata, kumpulan berkenaan bagaimanapun hanya terlibat pada penyiasatan dan bukan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).
Kumpulan terbabit telahpun berada di negara ini sejak minggu lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Operasi SAR di Balai Polis Pantai di sini pada Isnin.
Ujarnya, jumlah kekuatan petugas SAR turut ditambah kepada 353 anggota melibatkan pelbagai agensi dengan mengambil kira keluasan Gunung Berembun yang seluas 12 kilometer radius.
Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, gadis Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.
Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami