Seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya dikhuatiri diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom dekat Semporna awal hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian pukul 1 pagi itu mangsa yang berumur 57 tahun ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik di pusat peranginan di pulau berkenaan dengan kesan tembakan pada tubuh.
"Semasa kejadian itu seorang pengawal keselamatan di situ mendengar bunyi tembakan dan melaporkan perkara tersebut kepada Pasukan Gerakan Am yang berada kira-kira 800 meter dari tempat kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini.
Katanya polis percaya isteri mangsa yang juga warga Taiwan berusia 58 tahun telah dilarikan oleh kumpulan terbabit ke perairan Semporna.
"Kami percaya mangsa yang dilarikan itu masih hidup," katanya menambah polis sudah menghubungi Pejabat Ekonomi dan kebudayaan Taipei di Malaysia bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Hamza berkata berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian, polis percaya penjenayah menggunakan senjata berat.
Kes ini juga tidak ada kaitan dengan insiden pencerobohan dan motif kejadian masih disiasat, katanya.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Terdahulu di JOHOR BAHRU, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian berkata polis sedang memburu kumpulan penjenayah terbabit.
Di LAHAD DATU, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek pula menegaskan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.
Katanya pasukan keselamatan juga sudah mempertingkat kawalan terutama di pulau-pulau peranginan.
Di PUTRAJAYA, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menghulurkan bantuan dalam kes culik membabitkan pasangan Taiwan itu, jika diperlukan.
Ini kerana Semporna terletak dalam kawasan Esscom dan Esszone, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kumpulan pertama ATM yang dihantar ke Filipina bagi membantu mangsa Taufan Haiyan melaporkan bahawa situasi di situ adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan.
Bernama
Fri Nov 15 2013
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.