awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pertingkat kawalan keselamatan susulan ancaman IS

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/09/2015
15:52 MYT
Polis pertingkat kawalan keselamatan susulan ancaman IS
AYOB: PDRM telah dan akan berterusan mengambil tindakan untuk mempertingkatkan keselamatan di semua tempat-tempat yang berkepentingan kepada negara. - Gambar Fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan kawalan keselamatan di semua tempat berkepentingan kepada negara termasuk kedutaan asing.
Ia berikutan kenyataan kumpulan militan IS kepada pengikutnya untuk melancarkan serangan ke atas beberapa negara termasuk Malaysia yang disebarkan menerusi media sosial.
Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mudin Pitchay berkata, kawalan keselamatan turut ditingkatkan di lokasi yang menjadi tumpuan awam.
"PDRM telah dan akan berterusan mengambil tindakan untuk mempertingkatkan keselamatan di semua tempat-tempat yang berkepentingan kepada negara,
"Ini termasuklah kedutaan-kedutaan asing dan juga tempat-tempat yang menjadi kunjungan awam," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Militan IS menyeru pengikutnya untuk berbuat demikian dalam majalah Dabiq, majalah yang didakwa diterbitkan militan IS.
April lalu, Polis berjaya mematahkan 17 rancangan pengikut IS di negara ini yang merancang untuk menculik orang kenamaan (VIP) serta melakukan serangan ke atas beberapa lokasi strategik di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#Ayob Khan Mudin Pitchay
#IS
#militan
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan