awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan 14 saksi siasat kes kematian wanita di Kuantan

Bernama
Bernama
25/04/2025
14:45 MYT
Polis rakam keterangan 14 saksi siasat kes kematian wanita di Kuantan
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata saksi yang terlibat dalam memberi keterangan termasuk doktor yang menjalankan bedah siasat mayat wanita itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan. - BERNAMA
KUANTAN: Polis telah merakam keterangan 14 individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita berusia 37 tahun, 20 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata saksi yang terlibat dalam memberi keterangan termasuk doktor yang menjalankan bedah siasat mayat wanita itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.
Justeru, beliau berkata beberapa artikel tular menerusi media sosial yang mengatakan kes kematian wanita itu tidak disiasat adalah tidak tepat.
"Pihak polis menafikan dakwaan itu kerana siasatan lanjut berkaitan kematian mengejut masih dijalankan. Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan masih meneruskan siasatan dan sehingga kini sebanyak 14 saksi telah direkodkan keterangan," katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini kes kematian wanita berkenaan telah diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), namun media melaporkan keluarga wanita itu mendakwa terdapat kesan kecederaan pada tubuh si mati dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Daerah Kuantan
#Rakam keterangan
#kes kematian wanita
#bantu siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan