awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan Raja Petra di United Kingdom

Bernama
Bernama
04/11/2017
23:00 MYT
Polis rakam keterangan Raja Petra di United Kingdom
Mohamad Fuzi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
Polis telah merakam keterangan Raja Petra Kamarudin susulan laporan polis dibuat Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa penulis blog itu memfitnahnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keterangan Raja Petra diambil di United Kingdom pada Rabu lalu oleh pasukan penyiasat terdiri daripada tiga pegawai polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Ya, pasukan penyiasat telah merakam keterangannya," kata Mohamad Fuzi ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selasa lepas, Mohamed Apandi berkata beliau akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Raja Petra jika penulis blog itu enggan memohon maaf berhubung dua artikel mengenai dakwaan rasuah.
Beliau juga dilaporkan berkata tidak akan memberi masa yang lama kepada Raja Petra untuk berbuat demikian memandangkan isyarat dan ingatan sudah disampaikan melalui media.
Pada 22 Okt lepas, Mohamed Apandi membuat laporan polis terhadap Raja Petra atas dakwaan jenayah fitnah susulan dua artikel itu yang disiarkan pada 20 dan 21 Okt lalu oleh laman blog Malaysia Today.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#blog
#fitnah
#KPN
#Mohamad Fuzi Harun
#Mohamed Apandi Ali
#pasukan penyiasat
#Peguam Negara
#Raja Petra Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan