awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen
Kebakaran musnah 20 bot laju di Jeti Chalong, Phuket
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas 150 kg syabu bernilai RM3.3 juta berhampiran Plaza Tol Damansara

Bernama
Bernama
01/10/2025
14:30 MYT
Polis rampas 150 kg syabu bernilai RM3.3 juta berhampiran Plaza Tol Damansara
Mohd Yusri berkata kesemua rampasan termasuk kenderaan terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis merampas 150 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM3.3 juta hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditinggalkan seorang lelaki berhampiran Plaza Tol Damansara, dekat sini, Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebelum itu, kira-kira 4 petang, Pasukan Peronda Lebuhraya (EMPV) Zon Tengah A1 telah mengarahkan MPV itu berhenti di KM18 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan, namun pemandunya enggan memberikan kerjasama.
"Dalam usaha melarikan diri, pemandu MPV itu merempuh palang tol sebelum meninggalkan kenderaan terbabit di lorong kanan Plaza Tol Damansara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan enam karung guni berwarna hijau dengan setiap satu mengandungi 25 peket bungkusan kecil bertulisan Cina "Chinese Pin Wei", menjadikan jumlah keseluruhan 150 peket.
"Setiap peket dianggarkan seberat satu kilogram dan kesemuanya dipercayai mengandungi dadah jenis syabu," katanya.
Mohd Yusri berkata kesemua rampasan termasuk kenderaan terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nor Izzat Norezairi melalui talian 016-8289910 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NKVE
#Syabu
#Chinese Pin Wei
#MPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami