IPOH: Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin membabitkan kerugian hampir RM20,000.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata serbuan pada kira-kira 9.30 malam itu dilakukan dengan kerjasama juruteknik khas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan berjaya merampas 36 mesin bitcoin yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri elektrik di daerah Manjung.
"Kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 untuk siasatan oleh polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung insiden pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai yang tular di media sosial Facebook.
Beliau berkata video berdurasi 13 minit 46 saat itu tular hingga menarik perhatian umum apabila kejadian dilakukan di atas jalan raya.
"Semakan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 8 malam, 23 Jan lepas di Kampung Baru Simpang Pulai dan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden terbabit," katanya.
Menurut Yahaya kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Polis telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990. - Gambar hiasan

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

Polis rampas 36 mesin bitcoin, premis buat sambungan elektrik haram
Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.

Penguatkuasaan cegah kegiatan curi letrik untuk melombong bitcoin akan diperkasa - Polis
PDRM kini berkolaborasi bersama TNB membanteras peningkatan mendadak kegiatan mencuri bekalan letrik bagi tujuan melombong bitcoin.

Kebakaran kecil bongkar kegiatan lombong bitcoin haram di taman perumahan
Pemeriksaan dalam rumah itu kemudian menemui empat lelaki berusia 16 hingga 41 tahun sedang bersembunyi di tingkat atas.

Tiga premis jalankan kegiatan lombong bitcoin di Pulau Pinang diserbu
Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong bitcoin di tiga premis rumah kedai di Pulau Pinang terbongkar selepas diserbu polis pada Jumaat.