awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas 393 mesin bitcoin

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2021
02:23 MYT
Polis rampas 393 mesin bitcoin
Sazalee (kiri) memeriksa premis yang dijadikan lokasi melombong mata wang digital bitcoin di Kulim, Kedah. -Foto Sinar Harian
KULIM: Polis merampas 393 mesin bitcoin di dua buah premis dengan anggaran kerugian RM840,000 ditanggung Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, serbuan pada jam 2 petang yang dilakukan dengan bantuan TNB Zon Utara mendapati terdapat penyambungan kabel elektrik secara haram bagi kecurian tenaga elektrik untuk aktiviti bitcoin.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut dalam premis menemui sebanyak 393 mesin melombong mata wang digital bitcoin yang sedang beroperasi.
"Penyambungan kabel ini secara munasabah menunjukkan bahawa satu kesalahan telah dilakukan pada pemasangan kabel milik TNB di premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan juruteknik dan pasukan penyiasat TNB mendapati premis tersebut mempunyai akaun didaftarkan atas nama seorang lelaki.
Katanya, difahamkan kegiatan itu telah dijalankan di premis terbabit sejak tujuh bulan lalu.
"Pihak TNB telah mengambil tindakan memutuskan penyambungan haram dan kesemua barang kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk tindakan lanjut.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 426 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mesin bitcoin
#kecurian tenaga elektrik
#penyambungan kabel elektrik secara haram
#kerugian ditanggung TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan