KUALA LUMPUR: Polis merampas minuman keras seludup tidak bercukai bernilai RM1.5 juta dan menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dalam dua serbuan di Jalan Sungai Besi, Cheras di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam serbuan pertama, sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih telah menahan seorang wanita Vietnam berumur 44 tahun di sebuah premis yang terletak di Jalan Sungai Besi.
"Dalam serbuan pada 2 petang itu, polis telah merampas 108 kotak arak dan 116 karton arak pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM230,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.
Susulan soal siasat terhadap suspek pertama itu, Zam Halim berkata polis telah membuat satu lagi serbuan di sebuah lagi premis di Jalan Sungai Besi dan menahan dua lelaki berumur 29 dan 31 tahun, masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga asing pada 3.30 petang hari yang sama.
"Polis merampas sembilan kotak arak jenis Corona Extra dan 1,818 karton arak pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM1.2 juta, selain sebuah lori Mitsubishi Fuso.
"Reman terhadap suspek warga tempatan telah dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 3 Okt manakala reman terhadap bukan warganegara telah dibenarkan selama 14 hari sehingga 13 Okt," katanya.
Sementara itu, Zam Halim berkata kertas siasatan membabitkan lima anggota polis yang disyaki terlibat melarikan orang awam dari sebuah kedai makan di Desa Petaling, Selasa lepas, akan dirujuk ke Bukit Aman terlebih dahulu.
Beliau berkata ini kerana ia membabitkan pegawai kanan dan anggota polis selain terdapat beberapa lagi individu perlu dirakam keterangan mereka untuk melengkapkan siasatan itu.
"Polis juga memerlukan sedikit masa untuk menyemak semula ketelusan laporan yang dibuat oleh mangsa sama ada ia benar berlaku atau sebaliknya," katanya.
Jumaat lepas, media melaporkan lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan orang awam dari sebuah kedai makan dan mangsa mendakwa dirinya dilarikan sekumpulan lelaki sebelum dipukul di suatu lokasi di Kuala Lumpur.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 365, Seksyen 342 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Zam Halim berkata dalam serbuan pertama, sepasukan pegawai dan anggota dari PGA Batalion 4 Semenyih telah menahan seorang wanita Vietnam berumur 44 tahun di sebuah premis yang terletak di Jalan Sungai Besi. - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal dunia
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.
Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
JKDM Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Polis rampas 214 karton minuman keras bernilai lebih RM98,000
Polis merampas 214 karton minuman keras dipercayai tanpa cukai kastam dianggar bernilai lebih RM98,000 dalam dua serbuan di sekitar Gelang Patah, pada Rabu dan Khamis lepas.
JKDM Pahang rampas minuman keras bernilai lebih RM850,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras bernilai lebih RM850,000 termasuk cukai dan duti sejak Januari hingga September tahun ini.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
Dua lelaki ditahan dalam Op Taring Wawasan di Kelantan
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menahan seorang lelaki dan merampas 190 anak pokok keladi dipercayai diseludup masuk melalui pangkalan haram dekat Jeram Perdah, Pasir Mas semalam.