GUA MUSANG: Polis merampas sepucuk pistol semi auto jenama Zaroki serta dua kelopak peluru berisi 10 butir peluru selepas menahan seorang lelaki dalam keadaan khayal berdekatan dengan keretanya di tepi jalan Kampung Kubang Endang, Bechah Keranji dekat Melor di Kota Bharu Isnin lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata siasatan mendapati bahawa penarik kereta berumur 38 tahun yang ditahan pada pukul 9.30 pagi itu merupakan penjenayah yang diburu polis sejak 2003.
Beliau berkata polis turut menemukan dua bilah pedang samurai dan plastik putih mengandungi dua liter cecair disyaki dadah, selain dua unit telefon bimbit jenama Nokia dan Iphone 5s selepas memeriksa kereta Honda Civic milik suspek.
Katanya pistol berkenaan ditemukan dalam poket seluar hadapan sebelah kanan suspek bersama dua kelopak berisi 10 butir peluru, yang dikatakan dibeli lelaki itu dari seorang lelaki Thailand awal Sept lepas dengan harga RM2,200.
"Serbuan turut dilakukan di rumah suspek kira-kira 200 meter dari tempat kejadian, dan polis turut merampas 10,000 pil jenis Epam bernilai RM30,000 serta wang tunai RM54,000 dipercayai wang hasil dadah," katanya pada sidang sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.
Shafien berkata pada tahun 2003 suspek pernah meloloskan diri ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) di Gua Musang, selain turut meninggalkan kad pengenalannya selepas diminta pihak polis.
Katanya suspek ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022

Shafien (tiga, kanan) menunjukkan sepucuk pistol semi auto jenama Zaroki dan dua kelopak peluru berisi 10 butir peluru dan dua bilah pedang samurai yang berjaya dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang hari ini. - Foto BERNAM

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.
![[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021 [INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976270/8967789641656759694098_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021
Ikuti infografik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Indeks Harga Pengguna (IHP) 2021.

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Bapa sepupu kanak-kanak tertelan dadah dipenjara tiga tahun
Bapa sepupu yang menyebabkan seorang seorang kanak-kanak lembam kritikal akibat kandungan dadah dalam badan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Empangan Nenggiri: Tiada sebab untuk tamatkan projek - Takiyuddin
Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri berteraskan tiga matlamat utama iaitu sebagai penjanaan elektrik, tebatan banjir serta sumber air bersih selain bagi tujuan ekopelancongan.

Projek Hidroelektrik Nenggiri jadi pemangkin pembangunan Kelantan, tingkatkan TBB negara
Projek Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 billion bakal memberi manfaat besar terhadap pembangunan negeri Kelantan.

Ibu maut, anak cedera motosikal dilanggar SUV
Kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 52 tahun itu meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Gua Musang.

TNB terima memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa semua langkah sewajarnya membabitkan isu pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik di Mukim Ulu Nenggeri, Jajahan Gua Musang, Kelantan.

Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan Tengku Razaleigh.

Jemaah teruja tunai solat sunat Aidilfitri pertama di Masjid Razaleigh
Masjid mirip Masjidil Haram di Mekah, Masjid Razaleigh di Gua Musang jadi tummpuan jemaah.

Cubaan seludup keluar 140 kilogram ketum, 100 botol ubat batuk tumpas - Polis Kelantan
Hasil penahanan suspek berusia 30 dan 32 tahun, polis merampas 140 kilogram daun ketum dan 100 botol ubat batuk.

ADUN Galas cadang Gua Musang sebagai 'Bandar Mahkota Kelantan'
Gua Musang mempunyai sejarah indah di mana Long Tan, Putera Long Yunus Yang Dipertuan Negeri Kelantan memerintah tahun (1765-1795) di Gua Musang.

Terkejut gajah depan mata
Difahamkan kejadian berkenaan merupakan kali pertama pengguna laluan itu melihat haiwan itu melalui jalan tersebut.