awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas rokok seludup bernilai RM10 juta

Bernama
Bernama
19/01/2023
06:42 MYT
Polis rampas rokok seludup bernilai RM10 juta
Serbuan dilakukan pada 12.15 tengah hari itu turut menahan empat lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 30 tahun yang bertindak sebagai transporter dan penjaga stor.- Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis merampas sebanyak 143,950 karton rokok tidak bercukai bernilai RM10,864,000 dari sebuah stor di Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh dekat sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 12.15 tengah hari itu turut menahan empat lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 30 tahun yang bertindak sebagai transporter dan penjaga stor.
"Hasil serbuan, polis merampas 122,750 karton rokok jenama La Black dan 21,200 karton rokok jenama La Light yang tidak bercukai kastam. Turut dirampas sebuah Perodua Myvi dan dua lori jenis Mitsubishi dan Datsun.
"Rokok ini ditempatkan di stor berkenaan dan ia akan dihantar ke mana-mana rangkaian atau kedai oleh suspek setelah mendapat permintaan daripada penjual melalui aplikasi media sosial," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata sumber bekalan rokok itu juga sedang disiasat dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang akan menentukan nilai rampasan selepas cukai.
"Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek yang kini direman sehingga 23 Jan ini mengaku terlibat dalam kegiatan tersebut sejak Januari tahun lepas. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rokok seludup
#kastam
#Akta Kastam 1967
#S Sasikala Devi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan