Polis rampas sepanduk daripada peserta Bersih 4 di Kuching

Bernama
Ogos 30, 2015 01:00 MYT
ROSLAN: Sebelum peserta memasuki padang, polis terlebih dahulu membuat pemeriksaan dan merampas sepanduk-sepanduk berkenaan daripada mereka. - Gambar Fail
Polis merampas beberapa sepanduk yang dianggap mempunyai unsur sensitif dan boleh mengaibkan individu, daripada peserta perhimpunan Bersih 4 di Padang Song Kheng Hai, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata sebelum peserta memasuki padang, polis terlebih dahulu membuat pemeriksaan dan merampas sepanduk-sepanduk berkenaan daripada mereka.
"Kita dapati ada peserta cuba bawa sepanduk-sepanduk berunsur sensitif tetapi telah dinasihatkan (tidak berbuat demikian) dan kami ambil sepanduk itu daripada mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang berkenaan.
BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Peserta mula berkumpul di Dataran Merdeka pagi ini
Selain itu, katanya polis turut menasihatkan peserta yang membawa kanak-kanak supaya menghantar mereka pulang sebelum boleh memasuki kawasan perhimpunan.
Membawa kanak-kanak ke perhimpunan adalah perbuatan yang melanggar Seksyen 20(1) (c) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.
#bersih 4 #Kuching #perhimpunan #polis #rampas #roslan bek #sepanduk