KUALA LUMPUR: Tidak dapat dinafikan, kredibiliti polis kian dipersoalkan saban hari. Gejala rasuah bukan sahaja sudah membarah dalam kalangan rakyat, tetapi anggota badan itu juga terlibat sama. Dan ini bukan perkara baharu.
Cuma lewat ini ia terlihat kepada khalayak apabila ada sahaja tangkapan yang mendedahkan penglibatan polis dalam kegiatan jenayah.
Ketika rakyat secara amnya melihat ini sebagai satu perkembangan positif dalam era baharu bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Hamid Bador, tidak kurang juga yang tidak senang dengannya.
Namun, Abdul Hamid tidak keseorangan. Ketegasan dan keberaniannya ‘membuka pekung di dada sendiri’ dibelakangi oleh pegawai-pegawai dan anggota yang tetap setia berkhidmat atas nama kebenaran, antaranya Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
“Kita nampak ramai orang kritik Tan Sri Abdul Hamid, tetapi kalau dilihat beliau dari dulu hingga sekarang, bagaimana dia membawa isu 1MDB sehinggalah beliau dikeluarkan, dan dia masuk balik.
“Lebih baik dia pergi berkebun dan sebagainya, tetapi dia masuk balik (polis). Dari segi integriti dan keikhlasan, Tan Sri Abdul Hamid tiada siapa boleh pertikaikan,” tegas Ayob.
Ketegasan Ketua Polis Johor yang baru dilantik itu memang cukup disegani, lama mengemudi cawangan anti-keganasan yang membentuknya menjadi keras dan sukar digugat pegangannya dalam menjalankan tugas.
Dalam hal itu, beliau melihat visi dan misi yang digalasnya seiring dengan apa yang dibawa oleh Ketua Polis Negara itu. Dan dia bertekad untuk meneruskan hasrat murni bersama itu dalam memimpin kontinjen di selatan tanah air.
“Itu (sebenarnya) bukan visi saya dan Tan Sri Abdul Hamid. Ini visi kerajaan, ini visi Kementerian Dalam Negeri, ini visi Perdana Menteri, ini visi negara.
“Kita kena betulkan, kena mula buat tindakan tegas untuk pastikan yang tiada integriti, terlibat dengan rasuah perlu diambil tindakan tegas tidak kira apa pangkat mereka,” ujarnya.
Beliau mengakui ramai yang tidak senang dengan mengatakan masalah dalaman polis perlu diselesaikan secara sulit dan tidak perlu didedah kepada khalayak umum. Namun kata Ayob, itulah yang membuatkan masalah itu tidak selesai sampai hari ini.
"Rakyat tidak bodoh, semua orang sudah tahu. Tetapi sampai bila ia mahu dibiarkan begitu? Apabila sampai hari di mana polis tidak lagi boleh dipercayai, kepada siapa rakyat mahu berharap untuk memastikan negara ini kekal berada dalam aturannya?" tanya Ayon Khan.
Maka kata Ayob polis tidak boleh lagi terus beretorik dengan kata-kata memperjuangkan bangsa, agama dan negara sedangkan masih dipalit masalah integriti. Dalam mengembalikan kredibiliti polis, seluruh anggota badan itu perlu berani berdepan ‘syaitan’ dalam diri mereka untuk dihapuskan.
“Yang paling saya pegang, kita ini sebagai orang Islam, berapa lama sahaja kita akan hidup? Kita akan mati, mungkin hari ini, mungkin esok, atau mungkin sebentar lagi.
“Duit banyak-banyak tu nak ke mana? Takkan nak ambil duit berjuta-juta itu buat lapik jenazah kita masuk dalam kubur? Ataupun nak rasuahkan malaikat Munkar dan Nakir? Tidak…,” ujarnya.
Maka isu rasuah dan integriti ini perlu ditangani dengan konsistensi dan ketegasan. Beliau tidak mahu lagi orang mencebik muka apabila bercakap tentang polis, dan beliau yakin martabat polis akan kembali diangkat bawah kepimpinan Abdul Hamid.
“Insyallah. Tan Sri IGP sudah letakkannya pada landasan, kita cuma nak pastikan kita tak tergelincir saja,” katanya.
Tonton temu bual penuh eksklusif beliau dalam Agenda AWANI bersama hos Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Tue Apr 06 2021
Kata Ayob polis tidak boleh lagi terus beretorik dengan kata-kata memperjuangkan bangsa, agama dan negara sedangkan masih dipalit masalah integriti. - Gambar hiasan
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.
Pembangunan AI berdepan realiti kekurangan sumber bahan mentah - WEF
Kemajuan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdepan dengan cabaran untuk mencipta model yang lebih berkuasa.
Malaysia ketinggalan adaptasi AI, tetapi masih ada potensi - Penganalisis
Malaysia ketinggalan dari segi memiliki pemikir berwibawa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan adaptasi teknologi oleh pelbagai organisasi.
AI bukan milik eksklusif pakar IT, T20 - Penganalisis
Kecerdasan buatan (AI) bukan milik eksklusif golongan pakar teknologi maklumat dan golongan berpendapatan tinggi semata-mata.