awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
Terbuka Australia: Rybakina muncul juara, julang gelaran grand slam kedua
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rekod keterangan ahli keluarga, pihak pengurusan acara pengebumian didakwa langgar SOP

Bernama
Bernama
18/06/2021
20:44 MYT
Polis rekod keterangan ahli keluarga, pihak pengurusan acara pengebumian didakwa langgar SOP
Ahmad Shukri berkata polis turut memanggil pihak pengurusan acara pengebumian dan pengurusan mayat serta saksi yang hadir semasa perarakan pengebumian itu. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Polis telah merekodkan keterangan daripada ahli keluarga dan pihak pengurusan acara pengebumian yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Taman Samudera, dekat sini yang tular di media sosial, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata video tular berkenaan dikesan telah dimuat naik pada 5.40 petang oleh seorang pemilik akaun laman sosial Facebook, sebuah pertubuhan di negeri ini.
"Polis telah memperoleh butiran dan keterangan mengenai acara pengebumian melibatkan kematian individu bukan Islam yang diiring ahli keluarganya. Mereka memaklumkan kehadiran ahli keluarga semasa proses pengebumian tersebut tidak melebihi 10 individu," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Ahmad Shukri berkata polis turut memanggil pihak pengurusan acara pengebumian dan pengurusan mayat serta saksi yang hadir semasa perarakan pengebumian itu.
"Semakan kamera rakaman litar tertutup di tempat kejadian turut dibuat bagi mengesahkan jika terdapat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dari segi bilangan kehadiran tetamu atau jika terdapat pelanggaran SOP lain," katanya menambah kertas siasatan kes sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 9 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar SOP
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#media sosial
#Tular
#Taman Samudera
#Ahmad Shukri Mat Akhir
#Kota Setar
#polis
#pengebumian
#video
#pengurusan mayat
#kertas siasatan
#kehadiran ahli keluarga
#bukan Islam
#tetamu
#kematian
#perarakan
#saksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan