awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
20 tentera upahan maut, 11 ditahan ketika serang lapangan terbang Niamey, Niger
Pas tidak akan tanding solo PRU16, tiada niat tinggalkan PN - Bendahari Agung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rekod keterangan pemilik premis kes Jalur Gemilang terbalik

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2025
09:38 MYT
Polis rekod keterangan pemilik premis kes Jalur Gemilang terbalik
Ahli bomba dari BBP Selayang membantu menurunkan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah premis di Batu Caves 1, Gombak. -Foto Sinar Harian
GOMBAK: Polis telah merakam keterangan seorang pemilik premis bagi membantu siasatan berkaitan kes Jalur Gemilang yang dipasang dalam keadaan terbalik di sebuah bangunan di Batu Caves 1, di sini pada Sabtu lalu.

Ringkasan AI
  • Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah premis di Batu Caves 1, Gombak, mencetuskan siasatan polis.
  • Polis merakam keterangan pemilik premis dan menyiasat kes di bawah Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama 1963.
  • Tujuh anggota bomba dari BBP Selayang membantu menurunkan bendera dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 11.29 pagi.
“Kita telah merakam keterangan pemilik premis dan individu yang terlibat. Tindakan siasatan telah dilengkapkan.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Anggota Bomba dan Penyelamat turut hadir membantu menurunkan bendera itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, jurucakap Bomba Selangor berkata, seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang hadir ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 10.20 pagi.
“Anggota bomba membantu menurunkan bendera yang berada di tingkat satu premis berkenaan sebelum menyerahkan Jalur Gemilang itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#bendera terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan