AMPANG JAYA : Polis mengesahkan usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat diburu polis berhubung kes penipuan yang membabitkan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Muhammad Sajjad adalah saksi pendakwaan bagi membantu pihak pendakwa raya dalam kes perbicaraan yang masih dalam prosiding.
"Muhammad Sajjad merupakan saksi penting dan perlu hadir bagi memberi keterangan ke atas kes membabitkan seorang wanita Melayu yang dituduh sebelum ini kerana terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan.
"Dia adalah mangsa dan juga merupakan saksi dalam perbicaraan yang akan berlangsung pada 14 Julai depan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, sehingga kini, Nur Sajat masih lagi dikesan dan disyaki telah melarikan diri.
Polis sebelum ini memaklumkan Nur Sajat dikesan beralamat terakhir di Jalan Polo Country Club Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Kes ke atas Nur Sajat itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,
Jika sabit bersalah, Nur Sajat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda.
Media sebelum ini melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.
Umavathi Ramayah
Tue Jun 15 2021
Mohamad Farouk Eshak berkata, Muhammad Sajjad adalah saksi pendakwaan bagi membantu pihak pendakwa raya dalam kes perbicaraan yang masih dalam prosiding. - Gambar Instagram/fans.nursajat23
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
"Ayah... maafkan Sajat"
Sajat bersyukur sahabatnya, Aliff Syukri dan isteri secara sukarela membantu membelikan kerusi roda buat ayahnya.
"I dekat 'dalam' nanti" - Netizen sedih Sajat tak dapat balik lawat bapa sakit!
Ramai yang bertanyakan sama ada Sajat akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya ataupun tidak.
"Doakan untuk keluarga saya" - Bapa Nur Sajat tenat
Nur Sajat dalam satu hantaran di Instagramnya mengesahkan bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.
"Rasa seperti dilahirkan semula" - Sajat dakwa tukar jantina di Australia
Sajat mendakwa, status penukaran jantinanya diluluskan kerajaan Australia.
Ada lagi aset Sajat untuk dilelong - Peguam
Tindakan akan diteruskan bagi menbyelesaikan tunggakan terhadap OWA Resources, iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle Sajat
Lelongan perkakas kediaman Nur Sajat cecah harga RM132,000
Antara barangan yang dilelong ialah set sofa, set meja makan, set bilik tidur, penghawa dingin, dapur, mesin basuh dan grand piano.
Gagal bayar pampasan, aset Sajat mula dilelong Selasa - Peguam
Aset usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebaga Nur Sajat bakal mula dilelong pada Selasa jam 10.30 pagi.
Mahkamah arah aset Sajat disita, dilelong
Mahkamah Tinggi Shah Alam arah harta milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disita.
Nur Sajat bakal muncul dalam The Ellen Show?
Usahawan berusia 36 tahun itu, yang kini menetap di Australia, mendedahkan perkara itu secara langsung di TikTok.
'Apa kesalahan Sajat, Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low ...' - RSN Rayer
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengubah tumpuan dalam mencari individu yang dikehendaki.